27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Isteri muda cari madu, tak tahan layan seks suami

Mesti Baca

SEORANG isteri muda membuka peluang kepada mana-mana wanita yang mahu bermadu dengannya asalkan tidak terlalu “pisau cukur.”

Wanita berusia 28 tahun ini membuka tawaran tersebut menerusi aplikasi X seorang influencer kerana tidak tahan untuk melayan keinginan seks suaminya.

Dia berkata, suaminya merupakan seorang jurutera dengan pendapatan RM18,000 sebulan dan pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 tahun.

“Aku nak cari wife lagi untuk husband sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stress, so sex drive tinggi nak mampus,” kata wanita tersebut yang mengadu kepada Mein Mokhtar.

Wanita tersebut berkata, dia tidak kisah untuk berkongsi suaminya dan tidak peduli sekiranya suami jarang pulang ke rumah asalkan bakal madunya tidak terlalu “pisau cukur”.

Katanya, sekiranya ada yang serius untuk menjadi isteri kedua, dia akan pastikan suaminya memberi elaun sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Wanita itu berkata, dia tidak kisah jika menanggung kehidupan bakal madunya kerana dia sendiri bekerja dan mempunyai pendapatan RM6,000 sebulan.

Dia turut menjelaskan suaminya seorang yang berbadakn kurus tetapi nafsu seksnya tinggi.

Advertisements

“Nak kata hensem sangat tu tidak tapi putih-putihlah. Tak hisap rokok, pendiam. Jika kau jadi madu aku, aku tak kacau waktu kau orang berdua,” katanya.

Ekoran hantaran tersebut, Mein Mokhtar telah menerima banyak maklum balas daripada wanita yang sudi bermadu dengan wanita berkenaan.

Ada yang sudi menjadi madu asalkan tidak mempunyai anak dan ada juga yang sanggup menolak elaun tersebut kerana sudah berkemampuan.

Betapa seriusnya tawaran berkenaan, ada yang sudah dihubunginya untuk bertemu dan berkenalan sebelum berjumpa dengan suaminya.

Bagaimanapun, dia kecewa kerana beberapa yang dihubungi enggan untuk berjumpa dengan alasa malu atau tidak bersedia.

“Nak cari madu pun susah ye. Aku dah cakap sesiap (awal-awal) RM3,000 tu tak termasuk tanggung kau. Means rumah, makan, pakai kau semua lain kiralah. RM3,000 tu fully untuk kau seorang, haih pening,” keluhnya dalam hantaran lain.

Akaun X Mein Mokhtar menjadi tempat para pengikutnya meluahkan pelbagai perkara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan