25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jalan runtuh: JKR laksana pembaikan cerun di Bukit Jugra

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kerja Raya (JKR) Kuala Langat telah meminta pandangan dan khidmat nasihat Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) untuk aspek pembaikan dan melaksanakan kerja pembaikan cerun susulan kejadian jalan runtuh di Bukit Jugra, Isnin lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ekoran itu, JKR telah mengambil tindakan awal menutup jalan naik ke Bukit Jugra dengan penyediaan papan tanda amaran dan pelan pengurusan trafik telah diaktifkan.

Katanya, bagi mengelakkan kerosakan dan hakisan tanah menjadi lebih teruk, pihak JKR juga telah memasang kanvas di lokasi yang terjejas.

“Bagi tindakan jangka masa panjang, JKR Kuala Langat telah meminta pandangan dan khidmat nasihat Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR untuk aspek pembaikan dan melaksanakan kerja pembaikan cerun.

Advertisements

“Tindakan segera dan kerja pembaikan ini perlu dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak, kerajaan pusat dan kerajaan negeri demi keselamatan dan keselesaan pemanduan pengguna jalan raya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Nanta Linggi dalam pada itu menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati sewaktu memandu di kawasan bercerun terutama ketika negara sedang berada dalam tempoh peralihan monsun.

“Kemalangan dapat dielakkan dengan sentiasa berwaspada terhadap papan tanda amaran, selain cakna dengan hebahan kejadian bencana di saluran media sosial rasmi kementerian dan agensi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan