25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Lelaki warga asing maut dalam pergaduhan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan di sebuah rumah pekerja Ladang Sungai Gumut, Kampung Sungai Serian, Kalumpang di Hulu Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, mangsa berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dalam keadaan tertiarap dengan isi perutnya terkeluar.

Menurutnya, polis sebelum itu menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul pukul 6.46 petang.

“Pengadu yang juga pekerja ladang memaklumkan berlaku pergaduhan membabitkan dua lelaki warga asing yang mengakibatkan seorang daripadanya cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan tangkapan ke atas dua lelaki warga asing dipercayai tinggal bersama mangsa, pukul 1.30 pagi hari ini.

“Susulan tangkapan, seorang lagi lelaki berjaya ditahan di kawasan hutan berhampiran lokasi kejadian pukul 11 pagi hari sama.

Advertisements

“Polis percaya hubungan suspek dengan mangsa adalah adik saudara,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek berusia 28 hingga 33 tahun didapati negatif selain tidak mempunyai rekod lampau.

Menurutnya, dua suspek direman selama 14 hari bermula hari ini hingga 23 Mac ini manakala seorang lagi suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Ujar Mohd Asri lagi, dengan tertangkapnya semua suspek polis berjaya menyelesaikan kes itu kurang daripada 24 jam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan