27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Gempa bumi Turkiye: Jumlah kematian kini cecah lebih 8,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria semakin meningkat.

Dilaporkan angka korban kini mencecah 8,700 setakat ini.

Menurut pihak berkuasa Türkiye, dianggarkan kira-kira 13.5 juta orang terjejas secara keseluruhannya.

Di Turkiye sahaja, angka korban kini mencecah lebih 6,000 manakala jumlah mangsa cedera pula lebih 37,000.

Advertisements

Di Syria pula, angka kematian meningkat kepada hampir 2,500 dengan kes kematian dilaporkan sehingga dari bandar hama,kira-kira 250 kilometer dari pusat gempa.

Lebih 79,000 anggota penyelamat ketika ini sedang giat mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus sebelum cuaca sejuk melampau melanda.

Anggota penyelamat bagaimanapun berdepan kesukaran mengakses kawasan yang paling teruk terjejas, akibat jalan rosak, cuaca buruk dan kurang peralatan.

Setakat ini, angka kematian meningkat susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis, pada awal Isnin. – AGENSI

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan