32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

6 maut, 9 cedera van terbabas turun Genting Highlands

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENAM maut selepas van dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang, hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 tengah hari itu berlaku ketika van yang dinaiki 15 orang sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Menurutnya, seramai enam orang yang terdiri daripada lima perempuan dewasa dan satu lelaki dewasa meninggal dunia manakala mangsa lain mengalami kecederaan.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan Rescue Tools sebelum mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

“Semua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya” katanya hari ini.

Baca juga:   Op Selamat 18: 141 kematian direkodkan sepanjang lapan hari

Susulan kejadian itu, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highland dikejarkan ke lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah van persiaran.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan