32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Lagi kes buang bayi, terkini di Cheras pula

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAYI perempuan ditemukan dalam beg yang ditinggalkan di pagar sebuah rumah kebajikan di Taman Ferngrove, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menerima laporan pada pukul 7.23 pagi daripada paderi yang menguruskan rumah kebajikan terbabit mengenai penemuan itu.

Menurutnya, kejadian disedari pada pukul 6.45 pagi apabila petugas rumah kebajikan mendapati satu beg ditinggalkan di pagar rumah kebajikan berkenaan oleh seseorang.

“Saksi yang membuat pemeriksaan mendapati dalam beg itu terdapat bayi dipercayai baru dilahirkan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat wanita meletakkan satu beg pada pagar rumah kebajikan itu dan terus beredar pada 5.57 pagi (berdasarkan rekod masa dalam rakaman),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Mohd Zaid, pihaknya mendapati berat bayi perempuan itu sekitar tiga kilogram dan berusia lingkungan sehari hingga dua hari, manakala tali pusatnya sudah dipotong.

Baca juga:   4 lelaki tular dah ditangkap serang peniaga dengan parang

Menurutnya, siasatan kes dibuat Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Semalam, mayat seorang bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah di depan Rumah Kebajikan Taman Equine, Seri Kembangan di Selangor.

Baca juga:   Kuat kuasa PKP ketat dan berkesan, titah Sultan Johor

Manakala, Ahad lalu, media melaporkan seorang mekanik menemukan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di bawah pangkin di tepi rumahnya di Perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai, Terengganu.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Timbalan Menteri Pendidikan ditegur gagal jawab soalan

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying ditegur di Dewan Rakyat hari ini kerana tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang...

Lagi Artikel Berkaitan