33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bot nelayan asing ceroboh perairan negara ditahan

Hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara dan dikendalikan oleh empat kru warga negara jiran itu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing kerana menceroboh perairan negara di kedudukan 26 batu nautika barat Pulau Kendi dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kejadian berlaku ketika pihaknya membuat rondaan Op Tanjung.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot terbabit berpangkalan di Pantai Labu, Sumatera Utara dan dikendalikan oleh empat kru warga negara jiran itu.

“Kesemua mereka berumur lingkungan 35 hingga 50 tahun.

Advertisements

“Setelah pemeriksaan kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya hari ini.

Abd Razak berkata, nelayan terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa permit daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri yang sah.

“Bot serta kru ditahan termasuk hasil laut dibawa di Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan memastikan perairan negara terkawal dari sebarang pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan