26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Malaysia komited kekal ahli majlis ICAO untuk penggal keenam

Malaysia mengadakan sebanyak 44 mesyuarat dua hala dengan ketua-ketua delegasi dan wakil dari pelbagai negara seluruh dunia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA meletakkan harapan tinggi untuk kekal mempertahankan kerusi ahli majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Kategori III bagi penggal 2022-2025.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata, beliau selesai mesyuarat terakhir dengan delegasi Malaysia sebelum bermulanya sesi pemilihan berkenaan, hari ini.

“Kami membincangkan tentang pusingan terakhir kempen untuk melobi undi daripada Negara Anggota ICAO bagi memastikan kemenangan Malaysia buat kali keenam.

“Hari ini (semalam), kami akan mengadakan enam lagi mesyuarat dua hala dan empat lagi majlis resepsi untuk dihadiri sebelum menamatkan pusingan terakhir kempen,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Advertisements

Ka Siong berkata, delegasi Malaysia telah bekerja keras untuk mengukuhkan hubungan dengan negara anggota dan mendapatkan undi daripada mereka.

“Secara keseluruhannya, Malaysia mengadakan sebanyak 44 mesyuarat dua hala dengan ketua-ketua delegasi dan wakil dari pelbagai negara seluruh dunia.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik untuk Malaysia dan berjaya mempertahankan kerusi ahli majlis ICAO kali ini,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan