33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Bayang-bayang “dokumen bukan kitab suci” akan muncul

Dokumen tersebut umpama 'bulan dan bintang' yang tampak menarik dan mampu digapai dengan mudah, tetapi realitinya sejauh 384,400 kilometer dari bumi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat terdapat  bayang-bayang ‘dokumen bukan kitab suci’ yang akan muncul semula tidak lama lagi.

Malah, beliau juga percaya masih ramai yang mengingati dokumen manifesto tersebut.

“Kini selepas hampir lima tahun berlalu terdapat bayang-bayang ‘dokumen’ seumpamanya akan muncul semula untuk memperdaya lagi.

“Justeru, rakyat Malaysia haruslah berhati-hati kali ini. Usah terlalu mudah dihalusinasi lagi oleh kelicikan dan manipulasi yang amat berbahaya serta memusnahkan itu.

“Beringatlah kepada kisah seperti Mansuhkan Tol dan PTPTN percuma, InsyaAllah kita akan mengetahui apabila ia telah kembal,,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar beliau lagi, dokumen berkenaan sangat licik, manipulatif dan berbahaya.

“Ia pernah merosakkan rasional manusia. Mereka yang pernah ‘mengimaninya’ terawang-awang dalam halusinasi fantasi tidak bertepian sehingga meranap intelek dan logik akal.

“Dokumen bukan kitab suci muncul sekitar tahun 2018 ini menghasut gelora nafsu manusia lalu memusnahkan kejujuran dan realistik insani.

“Manusia yang ‘menganutinya’ dijanjikan ‘syurga dunia’ serta kemewahan tidak masuk akal menyebabkan begitu ramai terpesona lalu dimangsakan,” katanya dalam Facebook hari ini.

Namun menurut beliau, sejarah telah membuktikan bahawa dokumen tersebut ternyata sarat kepalsuan, pembohongan, penipuan yang memesongkan dengan janji-janji manis.

Menurutnya juga, dokumen tersebut umpama ‘bulan dan bintang’ yang tampak menarik dan mampu digapai dengan mudah, tetapi realitinya sejauh 384,400 kilometer dari bumi.

“Setakat ini tiada siapa berani mengaku mencipta dokumen tipu daya ini – petunjuk paling hampir cumalah individu mengaku menjadi tukang tulis.

“Hanya yang pasti terdapat gerombolan yang suatu ketika dulu menjadikan dokumen bukan kitab suci ini alat untuk memanfaatkan kepentingan mereka,” kongsinya.

Malah, Ahmad Zahid mendakwa selepas manfaat telah dikaut, mereka cuba membuat manusia terlupa kewujudan dokumen ini dengan pelbagai penceritaan untuk mengelirukan.

-EDISI9

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat...

Lagi Artikel Berkaitan