32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Zul Ariffin didenda RM30,000 post video sumbang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

[KEMAS KINI] PELAKON Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial miliknya pada Mac lalu.

Zul atau nama sebenar Zulkifli Ariffin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor.

Zul selaku plaintif diwakili oleh dua orang peguam iaitu Saresh Mahendaren dan Sivaram Prasad.

Terdahulu, pelakon lelaki popular berkenaan tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pagi ini bagi menghadapi tuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang dalam media sosial.

Jika disabitkan kesalahan boleh didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pelakon berusia 36 tahun itu hadir pada jam 8.10 pagi dengan memakai sut kelabu gelap dan pelitup muka dan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dengan diiringi oleh peguam serta rakan karibnya, penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai.

Media sebelum ini melaporkan kontroversi timbul apabila pelakon itu didakwa kongsikan video ‘babak panas’ bersama seorang pelakon wanita sebagai promosi sebuah drama bersiri, dalam Instagram, baru-baru ini.

Tindakan memuat naik ‘teaser’ sebuah drama bersiri itu mengundang kecaman warga maya, selain turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.-Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan