25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Banjir: Johor lulus RM300,000 bina jalan alternatif di Parit Baru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAN Negeri Johor meluluskan peruntukan segera sebanyak RM300,000 bagi membina jalan alternatif Kampung Parit Baru, Mukim Sri Gading.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga bersetuju menggantikan jambatan yang telah runtuh di kawasan terlibat.

Untuk itu Jabatan Perparitan Saliran (JPS) akan mempercepatkan proses menyedut air di kawasan yang masih terkesan.

“Saya telah melawat mangsa banjir di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Batu Pahat dan Pontian.

“Di Batu Pahat, seramai 115 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Sri Bengkal dan PPS Sekolah Kebangsaan Peserai.

Advertisements

“Di Pontian pula, seramai 9 penduduk daripada 3 keluarga berteduh di PPS Sungai Tempayan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Onn Hafiz turut mendoakan agar keadaan akan kembali pulih secepat mungkin dan kesemua mangsa dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Turut bersama di Batu Pahat ialah Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Dr Noraini Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri merangkap ADUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid dan ADUN Parit Yaani, Datuk Najib Samuri.

Kelmarin, jambatan utama ke Kampung Parit Baru di Parit Raja dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras sebelum runtuh pada jam 11 pagi.

Dilaporkan, ketika kejadian tersebut tiada pengguna jalan raya atau penduduk kampung melalui jambatan berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan