32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

RM254.3 juta diperuntuk untuk basmi miskin tegar di Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor dan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM254.3 juta untuk Program-Program Pembasmian Miskin Tegar sepanjang tahun 2023.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, atas inisiatif tersebut jumlah miskin tegar di Johor telah turun dari 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Mac 2023 kepada 3,270 KIR Ogos 2023.

“Syukur Alhamdulillah, berkat usaha semua pihak, jumlah miskin tegar di Johor telah menurun.

“Hal ini menunjukkan keseriusan serta tekad kerajaan dalam menyelesaikan isu kemiskinan di Johor,”katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, beberapa langkah turut dibincangkan bagi mencari satu mekanisma baharu yang lebih kondusif dan terancang.

“Perbincangan itu melibatkan seluruh jabatan, agensi dan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri Johor dalam program keluarga angkat, menyediakan peluang pekerjaan serta memberikan bantuan-bantuan bersasar.

“Justeru, saya berharap agar seluruh jabatan dan agensi yang berkenaan untuk terus sama-sama turun padang dalam memastikan segala perancangan yang dibuat mengikut pelan yang telah disusun rapi, agar seluruh rakyat di negeri ini mendapat manfaatnya.

Ujar beliau, semoga golongan rentan di negeri Johor terus terbela, agar hasrat kerajaan dalam menoktahkan sifar miskin tegar menjelang tahun 2027 akan tercapai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan