24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PM catat sejarah di pentas dunia, bawa pendirian berani Malaysia

Sebagai pemimpin tertinggi negara pertama yang berucap menggunakan bahasa Melayu dalam Perhimpunan Agung PBB.

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh DATUK SERI MOHD SALIM MOHD SHARIF

MOHD SALIM MOHD SHARIF

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi negara yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di New York, Amerika Syarikat.

Perkara ini bukan sahaja merakam sejarah baharu bahasa Melayu di pentas perhimpunan diplomatik terbesar tetapi juga telah menunjukkan keseriusan dan ketegasan beliau selaku pemimpin utama negara yang komited mengangkat martabat bahasa Melayu di persada dunia.

Beliau yang tampil segak serba lengkap berbaju Melayu hitam semasa melangkah masuk ke dewan utama serta delegasi negara yang turut mengenakan pakaian baju kebangsaan dan batik Malaysia telah mencuri tumpuan delegasi lain.

Advertisements

Gesaan mereformasikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi penghapusan kuasa veto terhadap lima buah negara yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB merupakan suatu tindakan berani dan realistik bagi mengembalikan PBB kepada landasan asal penubuhannya.

Majlis Keselamatan PBB yang dianggotai negara berkuasa veto umpama barah di dalam tubuh kerana bercanggah dengan nilai demokratik dan bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia.

Ketidakadilan sistem kuasa veto telah menunjukkan bahawa keamanan dan kestabilan dunia hanyalah suatu ilusi semata-mata.

Krisis yang melanda di bumi palestin sejak sekian lamanya dan keadaan di Ukraine telah menuntut reformasi ini dilaksanakan dengan segara kerana kesannya turut dirasai seluruh dunia.

Konflik tersebut bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negara yang terlibat tetapi telah mengancam keamanan, keselamatan global, ekonomi dan sekuriti makanan.

Seruan Perdana Menteri terhadap komuniti antarabangsa supaya melaksanakan peranan masing-masing sebagai sebuah keluarga besar atau ‘Keluarga Dunia’ wajar disokong dan dipuji bagi memupuk keazaman untuk mewujudkan suasana dunia yang lebih harmoni di hari mendatang.


  • Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif merupakan Ahli Parlimen Jempol dan Ketua UMNO Bahagian Jempol.
Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan