28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Perodua mula kajian terhadap kenderaan elektrik pertamanya

Ini merupakan kenderaan elektrik pertamanya kajian membabitkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERODUA akan memulakan kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan melibatkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid.

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tujuan lain kajian ini adalah untuk memahami penerimaan para pengguna terhadap perkhidmatan “langganan” 5 tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah “EZ MOBi”.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk pihaknya mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal.

“Data ini akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan para pelanggan kami apabila menggunakan kenderaan elektrik,” katanya pada Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Lokman Hakim Ali; Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengerusi Daihatsu, Sunao Matsubayashi.

Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem “hibrid bersiri” di mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri.

Model ini menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa tersebut.

Dengan teknologi ini, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia)

Zainal Abidin berkata, program perintis oleh Perodua itu juga akan membolehkan syarikat kereta kompak itu melihat tahap penerimaan para pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan traditional kereta.

“Walaupun kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama kami namun, ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

“Inilah yang kami maksudkan dengan ‘langganan’, satu perkhidmatan yang mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan.

“Semua akan diuruskan sepenuhnya oleh kami; Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej tersebut,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa Perodua sememangnya mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBi tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu.

Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan