25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO tak bincang Zahid sebagai calon PM – Mahdzir

Ada pihak cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO dengan niat tidak baik. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMNO tidak pernah membincangkan untuk meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini telah memutuskan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Poster Boy dan calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kali ini.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Poster Boy dan calon PM selepas PRU-15.

“Saya sebagai Naib Presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Ahmad Zahid sebagai PM).

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia Kedua di Putrajaya, hari ini.

Mahdzir diminta mengulas kenyataan tular dalam media sosial bahawa Ahmad Zahid akan diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas PRU-15 selain mendakwa perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat MKT UMNO pada 30 September ini.

Tegas Mahdzir, penularan berita berkenaan adalah perbuatan pihak yang cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO pihak tertentu dengan niat tidak baik. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan