30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bajet 2023: KPLB mohon peruntukan kelas pintar tabika Kemas

KPLB merancang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11 ribu buah Tabika Kemas dilengkapi peralatan digital.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memohon peruntukan menerusi Bajet 2023 bagi menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB merancang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11 ribu buah Tabika Kemas dilengkapi peralatan digital.

“Insya Allah kita fight juga bajet (Bajet 2023) untuk Kemas bagi memulakan sekolah di bilik Kemas ini dengan dipanggil smart classroom dengan sekurang-kurangnya dimulakan dengan 800 kelas pintar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Kemas Semenanjung Malaysia (Kesateria) Kedua di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Ketua Pengarah Kemas, Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Jelas Mahdzir, elemen pendigitalan dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting ketika ini dan tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada cara pengajaran lama. 

Mesyuarat Agung Kesateria yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati dari 12 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan