23 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Tiada kenaikan yuran bagi tabika dan taska Kemas tahun depan

Mesti Baca

JABATAN Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengesahkan tiada sebarang kenaikan yuran bagi tabika dan taska di bawah jabatan itu tahun depan.

Kemas dalam satu kenyataan berkata, laporan media bertajuk “Yuran taska dan tadika meningkat hingga 25 peratus?” tidak membabitkan institusi di bawah jabatan itu.

Katanya, laporan sebuah agensi berita berkenaan memaparkan visual rakaman dalam tabika Kemas sehingga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat terutama ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tabika dan taska Kemas.

“Kemas ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Kemas berkata, kerajaan Madani melalui jabatan itu sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat.

“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan tabika Kemas sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Oktober lalu, sebuah media tempatan melaporkan bahawa tabika dan taska di seluruh negara dijangka naik antara 20 hingga 25 peratus tahun depan susulan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan yang diumumkan kerajaan berkuat kuasa 1 Februari depan.

Media tersebut yang memetik Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, selain Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia yang menaungi pengusaha taska mengesahkan kenaikan yuran perkhidmatan ditawarkan kira-kira 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos operasi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan