Tuesday, July 21, 2026

Indonesia timba ilmu pendidikan awal kanak-kanak di NCDRC

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

PUSAT Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Yayasan Bayyinah, Indonesia baru-baru ini bekerjasama menganjurkan International ECCE Edu-Tourism Programme yang berfokus kepada penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang diamalkan di kedua-dua negara.

Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Inovasi NCDRC, Prof Madya Dr Norazilawati Abdullah berkata, rangka kerjasama Malaysia-Indonesia dalam pendidikan awal kanak-kanak itu boleh menjadi contoh negara maju dalam menerajui kebitaraan pendidikan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik dalam bidang asuhan dan didikan awal kanak-kanak.

Menurut beliau, melalui kerjasama tersebut, kedua-dua organisasi tersebut dapat saling berkongsi amalan terbaik dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia mempunyai kepakaran yang luas dalam pendidikan awal kanak-kanak dan menerusi kerjasama itu, para akademik dan pendidik dapat mempelajari penguasaan dalam asuhan dan didikan.

Selain itu, tambah beliau, mereka juga dapat memperdalami isu-isu terkini yang menjadi tumpuan dalam melestarikan pendidikan sempurna bagi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

“Jika dilihat, mungkin di Malaysia dan Indonesia pendekatannya dalam pengasuhan dan pendidikan ada perbezaannya, tetapi itulah yang perlu dikongsikan bagi melihat apa yang boleh memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak untuk memastikan hanya yang terbaik boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk kesejahteraan mereka,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Delegasi Indonesia terdiri daripada pendidik dan pengusaha dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak itu diberikan pendedahan dan perkongsian oleh pakar-pakar dari NCDRC.

Mereka terdiri daripada barisan pensyarah dan guru berpengalaman UPSI yang menerangkan setiap aspek penting dalam asuhan dan didikan, keselamatan, pedagogi dan elemen pentaksiran yang terbaik bagi kanak-kanak.

Sementara itu Ketua Yayasan Bayyinah, Yusra Mayawati berkata, kolaborasi dua hala membuka lagi ruang bagi para delegasi menimba ilmu untuk dibawa pulang ke pusat jagaan masing-masing untuk diamal dan dilaksanakan bersama.

“Pembelajaran melalui pendekatan projek, pengurusan kelas kanak-kanak, aktiviti perkembangan kanak-kanak, saringan kanak-kanak, ketersediaan kanak-kanak ke sekolah, pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas adalah apa yang kami pelajari di sini.

“Pastinya itu akan berguna untuk kami praktikkan bersama-sama guru dan pengusaha di sana,” kata beliau.

UPSI dan NCDRC akan sentiasa komited dalam meneraju kebitaraan pendidikan terbaik khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak.’

Inisiatif ini akan menjadi sokongan terbaik dalam hubungan antarabangsa demi menaikkan mutu pendidikan negara kearah yang lebih tinggi. – Muhammad Fathurrozak Sokhipul Hadi (USPI)/Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan