25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

NCDRC pamer kemenjadian kanak-kanak cemerlang

Mesti Baca

PENDEKATAN projek atau project approach merupakan satu pendekatan pembelajaran yang berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Pendekatan ini menekankan penyelidikan dan penerokaan berdasarkan inisiatif dan idea yang dibawa oleh kanak-kanak itu sendiri.

Manakala pendidik sepenuhnya menjadi pembimbing dalam membawa setiap topik dan kajian yang dijalankan.

Melalui pendekatan ini kanak-kanak membina soalan dan mengembangkan soalan yang muncul menerusi penyelesaian masalah.

Menerusi kaedah pendekatan projek, kanak-kanak dibekalkan dengan pembelajaran melalui pengalaman (contextual learning), penyelesaian masalah (problem solving), pemikiran kreatif (creative thinking) serta kerjasama berkumpulan (cooperative learning).

Bagi menonjolkan keberkesanan kaedah tersebut, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) baru-baru ini menganjurkan Pameran Pendekatan Projek di Child Learning Centre, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Sebahagian kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pameran NCDRC di UPSI baru-baru ini.

Menurut Pengarah NCDRC, Prof. Madya Dr. Mazlina Che Mustafa, pendekatan projek membawa banyak kebaikan dan manfaat kepada kanak-kanak.

Beliau berkata, pendekatan tersebut mendorong pembelajaran yang bermakna melalui penyelidikan dan penemuan serta meningkatkan kemampuan berfikir logik dalam setiap persoalan yang timbul.

“Saya lihat bahawa pendekatan projek sememangnya menerapkan pembelajaran berpusatkan murid sepenuhnya.

Advertisements

“Di sini kanak-kanak diberikan ruang untuk meneroka dan memberi idea dalam setiap penemuan dalam kajian yang dijalankan. Mereka akan belajar berfikir secara kritis dalam penyelesaian masalah,” katanya.

Mazlina berkata, pembelajaran yang dijalankan secara aktif akan meningkatkan daya kemampuan kognitif kanak-kanak.

Ini katanya, membuatkan semua itu akan mempengaruhi perkembangan-perkembangan yang lain seperti psikomotor, sosial, emosi dan sebagainya.

Beliau berkata, UPSI dan NCDRC akan terus komited untuk meneroka kaedah-kaedah pembelajaran baharu yang berimpak tinggi serta menerajui dunia pendidikan melalui pendidikan awal kanak-kanak.

UPSI juga, tambah beliau, akan sentiasa komited menyokong aspirari kementerian pendidikan untuk saling berkongsi kepakaran yang ada melalui kajian-kajian yang telah dilakukan untuk dimanfaatkan oleh pendidik di dalam dan di luar negara.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik, Perkembangan Kanak-kanak, Sistem Data dan IT NCDRC, Dr Masayu Dzainuddin berkata, penganjuran pameran itu untuk mempamerkan kepelbagaian projek dan hasil kerja kanak-kanak serta proses pembelajaran bermula dari perbincangan sehingga ke menjadi sebuah projek yang sempurna.

Beliau berkata, ia juga untuk memperlihatkan kepada ibu bapa dan warga setempat bahawa UPSI sentiasa menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan menarik serta memberi impak kepada pendidikan kanak-kanak.

Katanya, ia juga membantu memberikan warna dan pengalaman yang bermakna kepada mereka.

“Melalui aktiviti pendekatan projek kanak-kanak dapat meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam mengenal pasti solusi bagi sesuatu permasalahan yang di teroka di persekitaran” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan