Monday, July 20, 2026

Telegram sedia bekerjasama dengan MCMC banteras penipuan

Mesti Baca

TELEGRAM sedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha membanteras penipuan dan perjudian dalam talian melalui platform tersebut.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, komitmen itu dinyatakan sendiri oleh pengasas Telegram, Pavel Durov ketika mereka bertemu di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

“Perbincangan kami amat positif dan banyak fokus diberikan kepada perkara berkaitan kerangka kawal selia platform itu dan teknologi baharu, termasuk AI (kecerdasan buatan),” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Fahmi berkata, Durov juga berminat untuk mengadakan perbincangan lanjut tentang beberapa peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

Selain itu, kata beliau, Durov juga memberi komitmen dan bersedia untuk melebarkan sayap operasi ke Malaysia pada masa akan datang.

“Saya juga telah menjemput beliau untuk datang ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan semua pihak berkaitan,” katanya.

Untuk rekod, Durov, 40, merupakan kelahiran Rusia tetapi menetap di UAE dan diiktiraf sebagai orang terkaya di negara itu pada 2022 dengan kekayaan US$15.1 bilion.

Pada Februari 2023, beliau dinamakan sebagai usahawan paling berpengaruh di Dubai oleh Arabian Business. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan