34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wakaf MARA Madani: DPIM cadang guna kaedah korporat

Mesti Baca

DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mencadangkan agar kerajaan mengguna kaedah korporat dalam menguruskan Tabung Wakaf MARA Madani sepertimana diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Presiden DPIM, Mohammad Sahar Mat Din berkata, ini kerana pendekatan wakaf korporat bersifat membina perniagaan, menghimpun aset dan menambah nilai.

Selain itu beliau berkata, kaedah itu juga dapat memupuk daya keusahawanan entrepreneur menjana peluang ekonomi baharu, memakmurkan masyarakat menerusi kaedah bisnes dan korporat bersumberkan dana wakaf.

“DPIM berkeyakinan dana wakaf berjumlah RM100 juta akan menjadi dana yang bersifat lestari sekiranya mengguna pakai kaedah wakaf korporat,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Anwar ketika berucap pada Majlis Penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 semalam mengumumkan penubuhan Tabung Wakaf MARA MADANI dengan geran peluncuran berjumlah RM100 juta dan menyasarkan dana terkumpul berjumlah RM1 bilion dalam tempoh dua tahun.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, sistem wakaf itu akan diterajui MARA dan dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran MARA, selari dengan hasrat penubuhan agensi berkenaan.

Mohammad Sahar berkata, melalui keuntungan dan pelaburan wakaf korporat, MARA, akan mampu memanfaatkan keuntungan tersebut kepada pembangunan usahawan, pendidikan dan kesihatan.

Beliau memberi contoh tiga badan wakaf korporat yang telah ditubuhkan sebelum ini iaitu Wakaf An-Nur Corporation Berhad, AWQAF Holdings Berhad, yang ditubuhkan DPIM dan Wakaf FELDA.

“Ketiga-tiga wakaf korporat tersebut telahpun berjaya mengumpulkan aset berjumlah lebih RM1 bilion.

“Ini membuktikan kaedah wakaf korporat
merupakan kaedah yang strategik untuk mengekal dan mengembangkan aset bagi kepentingan bumiputera dan berupaya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan bumiputera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan