27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Belum sebulan beroperasi, KM Tun Fatimah dah catat kejayaan

Mesti Baca

KAPAL peronda pesisir pantai pertama (OPV1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mencatatkan kejayaan walaupun belum sebulan beroperasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sejak beroperasi pada 18 Januari lalu, OPV1 yang hari ini dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah sudah berjaya menyekat pencerobohan nelayan asing dari Vietnam dan Indonesia.

Beliau berkata, kejayaan operasinya tersebut menunjukkan keputusan menempatkan KM Tun Fatimah di perairan di Sarawak adalah tepat.

“Dia (KM Tun Fatimah) telah berjaya menyekat pencerobohan nelayan asing iaitu dua buah bot nelayan asing Vietnam pada kedudukan 210 batu nautika barat laut Mukah.

“Lima hari kemudian iaitu pada 9 Februari, KM Tun Fatimah juga berjaya menangkap sebuah lagi bot nelayan asing Indonesia kali ini pada kedudukan 97 batu nautika utara Tanjung Po.

“Jadi nilai, hasil Maritim Malaysia yang berjaya diselamatkan daripada kecurian ini dianggarkan RM3 juta, dengan penahanan ini,” katanya kepada pemberita di Kuching, Sarawak hari ini.

Advertisements

Sebelum itu Saifuddin menghadiri majlis menamakan OPV1 oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail di Jeti Lembaga Pelabuhan Kuching.

Beliau menjelaskan, dalam operasi yang dijalankan anggota maritim diberi tugas antara lain melakukan pemeriksaan, penggeledahan dan sekiranya berlaku perlanggaran yang terang-terangan, mereka juga bertanggungjawab untuk membuat tangkapan.

Mengenai kes bot nelayan asing, Saifuddin berkata, bagi tempoh antara tahun 2019 hingga 2023 kebayakan bot nelayan asing ada terdiri daripada Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina dan China.

“Jadi daripada 2019 hingga 2023, kita telah berjaya menahan 533 bot nelayan asing,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan adanya KM Tun Fatimah serta OPV2 dan OPV3 yang kini dalam proses pembinaan, ia akan menambahkan lagi keberkesanan operasi Maritim Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan