24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah, dirasmikan Wan Azizah

Mesti Baca

KAPAL Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diberi nama Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan nama Tun Fatimah adalah berdasarkan sifat keberanian srikandi berkenaan menjaga bangsa dan kedaulatan tanah air.

Beliau berkata, ibu kepada lima orang anak itu dicatatkan dalam sejarah sentiasa memastikan keluarga beliau selamat daripada sebarang ancaman dan tidak pernah gentar berhadapan musuh.

Katanya lagi, mengambil semangat yang ada pada Tun Fatimah, kapal berkenaan telah diletakkan di Laut China Selatan bagi menangani isu keselamatan sempadan perairan negara.

Selain itu, kata beliau, ia turut berperanan sebagai kapal induk kepada bot peronda Maritim Malaysia yang ditugaskan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan tersebut.

“Keselamatan negara menjadi keutamaan kerajaan Madani kerana Malaysia tidak terkecuali daripada berhadapan ancaman yang berkemungkinan datang dari laut yang boleh menjejaskan kesejahteraan negara.

Advertisements

“Justeru, kerajaan telah mengambil tindakan segera dengan memastikan KM Tun Fatimah dapat disiapkan agar ia dapat melaksanakan pengawasan, pemantauan, dan penguatkuasaan di Zon Ekonomi Eksklusif negara,” katanya.

Wan Azizah Ismail memukul gong sebagai simbolik perasmian nama KM Tun Fatimah pada OPV1 di Kuching, Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penamaan kapal ronda OPV1 yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail di Jeti Lembaga Pelabuhan Kuching, hari ini.

Saifuddin berkata, selain dihantar bagi menjaga keselamatan sempadan perairan negara, KM Tun Fatimah berperanan untuk mengurangkan pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA) di kawasan perairan negara.

Berdasarkan statistik lima tahun yang telah direkodkan pihak Maritim Malaysia bermula 2019 hingga 2023, sebanyak 533 kes adalah melibatkan penahanan BNA dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 406 buah bot adalah BNA Vietnam.

Bagi nilai rampasan, Kerajaan telah berjaya menyelamatkan lebih RM6 bilion sumber perikanan negara daripada dirampas oleh BNA Vietnam sekaligus dapat menjaga sumber perikanan negara untuk generasi akan datang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan