27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

KPDN pantau harga barang kesan kenaikan SST – Armizan

Mesti Baca

KEMENTERIAN Perdagagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mula melakukan pemantauan harga barang susulan kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada 8 peratus.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu dilakukan menerusi Ops Kesan 2024 yang bermula semalam, serentak dengan tarikh kenaikan cukai tersebut:

Beliau berkata, Ops Kesan akan digerakkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

“Skop penguatkuasaan adalah meliputi sektor-sektor yang terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan dan keseluruhan rantaian perkhidmatan yang berkaitan.

“Ini termasuk pemantauan kepada sektor yang tidak terlibat dengan kenaikan cukai perkhidmatan seperti makanan dan minuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Armizan berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya kenaikan harga yang tidak munasabah dilakukan dan tidak sejajar dengan perundangan pencatutan.

Katanya, Ops Kesan telah dikuatkuasakan melalui Arahan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Bil. 8/2024 yang telah dikeluarkan pada 29 Februari 2024 dan dipanjangkan kepada semua KPDN Negeri.

Pada masa yang sama, katanya, KPDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk memberikan maklumat dan bukti berkaitan tentang sebarang tindakan kenaikan harga tidak berwajaran yang dikenal pasti.

“KPDN akan membuat siasatan serta-merta di premis-premis terlibat,” tegas beliau.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan melalui WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317; iPortal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my; Call Centre m 1-800-886-800, dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan