29 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 10, 2024

DPIM perkenal 12 inisiatif perkasa usahawan di Malaysia

Mesti Baca

DEWAN Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) memperkenalkan 12 inisiatif di bawah Gerakan Usahawan Madani (Gema) bagi memperkasa usahawan di negara ini.

Inisiatif itu dirangkum dalam Himpunan Usahawan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bangi, Selangor semalam.

Presiden DPIM, Datuk Mohammad Sahar Mat Din berkata, inisiatif tersebut akan dilaksanakan melalui 60 program strategik yang menyasarkan lebih 50,000 usahawan di seluruh negara.

“Gerakan ini bertujuan memastikan para usahawan kekal relevan dan berdaya saing dalam era ekonomi digital, sekali gus menyumbang kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, salah komponen utama Gema ialah Gerakan Usahawan Digital (GUD), yang akan memberi tumpuan khusus kepada pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).

Katanya, melalui GUD, DPIM akan melaksanakan pelbagai program latihan dan pembangunan teknologi untuk membantu usahawan tempatan mengadaptasi teknologi digital dalam perniagaan mereka, sekaligus meningkatkan daya saing di peringkat global.

Advertisements

Selain GUD, inisiatif lain ialah Usahawan AI, Rezeki Suri, Influencerpreneur, Halal in One, Pemasaran Global, Pensijilan Pematuhan Syariah, Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR Infak DPIM) serta Membudayakan dan Memperkasakan Wakaf Korporat.

Inisiatif lain ialah Pembiayaan Wakaf Mikro dan Kecil, Padanan Perniagaan dan Keserakanan Bisnes serta Young Entrepreneur Apprentice (YEA!).

Mohammad Sahar berkata, melalui Gema, DPIM berhasrat memastikan lebih ramai usahawan tempatan berjaya dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan menjadi peneraju dalam industri masing-masing.

“Majlis ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan sektor usahawan dalam usaha memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Majlis Himpunan Usahawan tersebut dihadiri lebih 2,000 usahawan dari seluruh negara, termasuk perniagaan kecil dan sederhana, syarikat-syarikat besar, serta usahawan muda yang sedang mencipta nama dalam pelbagai industri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Membangun potensi pelajar Orang Asli di IPT menerusi kokurikulum

Oleh NIK AMALENA NAJEBAH NKK AZMAN PADA masa kini, bilangan pelajar Orang Asli di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin meningkat,...

Lagi Artikel Berkaitan