24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Sze Fei-Izzuddin tempa sejarah muncul juara Terbuka China

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

BEREGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menempa sejarah tersendiri apabila menjuarai Terbuka China, sekali gus memecahkan monopoli tuan rumah dalam kejohanan bertaraf Super 1000 di Changzhou itu.

Ketika China mengungguli acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu wanita dan campuran, Sze Fei-Izzuddin menafikan impian tuan rumah untuk mendominasi kejohanan kali ini dengan menewaskan He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-16.

Set pertama menyaksikan beregu tuan rumah menguasai gelanggang dengan permainan pantas sehingga mudah mendahului Sze Fei-Izzuddin dengan 11-3.

Selepas interval, Ji Ting-Xiang Yu tidak memberi peluang kepada beregu negara yang terus mengutip mata demi mata untuk mendahului 19-8.

Bagaimanapun permainan beregu China mula perlahan apabila Xiang Yu dilihat keluar gelanggang untuk mendapatkan rawatan pada bahagian belakangnya.

Peluang itu diambil oleh Sze Fei-Izzuddin untuk merapatkan kedudukan sebelum tunduk 21-13.

Menjelang set kedua, Xiang Yu sekali lagi diberikan rawatan di luar gelanggang dan hampir tidak dibenarkan beraksi sebelum akhirnya memutuskan untuk meneruskan permainan.

Advertisements

Kecederaan tersebut mengendurkan serangan beregu China, dan peluang itu dimanfaatkan oleh Sze Fei-Izzuddin untuk mengutip mata demi mata sebelum menang 21-12.

Pada set ketiga, kedua-dua beregu yang sebelum ini sudah tiga kali bertemu namun berpihak kepada Ji Tiang-Xiang Zu, saling berkejaran mata demi mata sebelum Sze Fei-Izzuddin menamatkan permainan dengan 21-16.

Ini merupakan kejuaraan pertama Sze Fei-Izzuddin sejak bergelar pemain profesional dan kejuaran kedua tahun ini selepas Terbuka Jepun yang dimenangi bulan lalu.

Selaku juara, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu meraih AS$70,000 (RM294,360).

Pencapaian itu juga menyaksikan Sze Fei-Izzuddin menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki di Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan adik beradik, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada edisi 1989.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan