26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sze Fei-Izzuddin buru gelaran kedua, mara ke final Terbuka China

Mesti Baca

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memburu kejuaraan kedua tahun ini apabila mara ke perlawanan akhir badminton Terbuka China di Changzhou, sebentar tadi.

Pasangan negara yang masih segar dengan gelaran juara Terbuka Jepun, mengenepikan beregu muda Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-14, 24-22 dalam masa 43 minit.

Turun dalam misi membalas dendam ke atas beregu yang menewaskan mereka di pusingan 16 Terbuka Hong Kong baru lalu, Sze Fei-Izzuddin kelihatan goyah pada permulaan set pertama sehingga membiarkan lawan memungut mata 10-7.

Bagaimanapun pasangan no. 12 dunia itu memperkemaskan permainan sebelum mengutip enam mata berturut-turut menjadikan kedudukan 13-10 sebelum menamatkan set pertama dengan 21-14.

Advertisements

Memasuki set kedua, Fikri-Martin memperagakan permainan pantas dan melakukan serangan yang sering kali memerangkap beregu negara yang bergelar pemain profesional sejak awal bulan lalu.

Hasilnya, kedua-dua beregu saling berkejar mata demi mata sehingga mengheret ke deuce sebelum Sze Fei-Izzuddin menamatkan perlawanan dengan 24-22.

Bagaimanapun harapan menyaksikan dua wakil Malaysia merebut gelaran tidak kesampaian setelah Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tewas kepada beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Yew Sin-Ee Yi bagaimanapun memberikan tentangan sengit kepada beregu no. 5 dunia itu sebelum tunduk 21-18, 21-11. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan