26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sekolah terkesan banjir akan laksana P&P dari rumah – KPM

Mesti Baca

INSTITUSI pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir atau dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

KPM dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan PdPR itu jika semua murid berada di rumah atau sebilangan murid tertentu sahaja.

Kenyataan itu berkata, pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada ibu bapa atau penjaga murid yang terjejas.

“Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran,” kata kenyataan KPM hari ini.

Merujuk takwim kalendar akademik sesi 2024/2025, tarikh permulaan sesi persekolahan bagi Penggal 2, 2024/2025 adalah pada 22 September bagi negeri Kumpulan A dan 23 September bagi negeri Kumpulan B.

Advertisements

KPM berkata, sehingga semalam enam institusi pendidikan melibatkan lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah masih dilanda banjir di Kedah.

Manakala 36 institusi pendidikan masih dijadikan PPS melibatkan 20 sekolah sekolah rendah dan 16 sekolah menengah  dengan Kedah sebanyak 34 manakala Pulau Pinang dan Perak masing-masing sebuah.

Sementara itu seramai 1,056 orang murid KPM masih berada di PPS premis sekolah manakala di Perlis, semua PPS premis sekolah surah ditutup.

“KPM akan terus memantau situasi banjir, bersiap siaga dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warganya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan