Sunday, July 19, 2026

Tabika Kemas autisme pertama dibuka di Melaka tahun depan

Mesti Baca

MELAKA akan menjadi negeri perintis bagi pelaksanaan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) Kemas autisme setelah cadangannya dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, pelaksanaan tabika Kemas autisme itu akan dimulakan tahun depan.

Beliau berkata, tabika Kemas itu akan dibuka di setiap daerah dan keutamaan kepada anak-anak autisme daripada golongan B40 terlebih dahulu.

“(Ini) Kerana antara keluhan yang kita dapati adalah dari segi kos untuk kelas terapi di pusat swasta adalah tinggi dan sangat terkesan untuk ibu bapa ini menghantar anak-anak syurga mereka ke pusat terapi.

“Kita tidak mahu disebabkan kekangan kewangan anak-anak syurga ini tercicir peluang pelajaran mereka,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sebelum itu, Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengadakan pertemuan dengan Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Presiden UMNO.

“Kita dengar, kita faham dan kita selesaikan. Terima kasih ayahanda Presiden,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan