23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

MARA tidak sewenang ambil tindakan terhadap peminjam culas

Mesti Baca

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan, kata Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebaliknya beliau menegaskan, MARA terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang.

Malahan kata beliau, sebelum apa juga tindakan perundangan dilakukan, nilai ihsan juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam bermasalah untuk datang ke MARA dan berunding mengenai penjadualan serta penstrukturan hutang mereka.

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar (procrastination) walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas tindakan MARA yang menyerbu kediaman milik aktres terkenal Rozita Che Wan di Kota Damansara hari ini berikutan kegagalan melangsaikan pinjaman berjumlah hampir RM1 juta.

Advertisements

Berdasarkan laporan media, serbuan dilakukan pihak MARA untuk menilai barangan di dalam rumah pelakon dan usahawan itu bagi tujuan penyitaan.

Asyraf Wajdi berkata, tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk dimanfaatkan pula oleh orang lain.

Sementara itu, Asyraf Wajdi menegaskan, hutang adalah perkara yang wajib dibayar dan beliau tidak mempunyai hak untuk melupuskan hutang.

“Hutang wajib dibayar. Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang.

“Saya menjaga amanah wang rakyat dibawah MARA, bakal dipersoalkan Allah kelak,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan