26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Fergus Tierney: Muka sahaja ‘Mat Saleh’ tapi jiwa Malaya

Mesti Baca

AKU simpati dengar khabar pemain muda kita, Fergus Tierney dibuang oleh kelabnya dari Thailand hanya kerana dia memilih mewakili Malaysia dalam kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang sedang berlangsung.

Walaupun begitu, aku nak ucap syabas dan tahniah kepada beliau. Muka sahaja ‘Mat Saleh’ tapi hati dan jiwanya Malaya habis. Sanggup mengorbankan kariernya di kelab negara jiran itu semata-mata nak bermain untuk negara.

Malulah dengan para pemain ‘muka Malaya’ tapi hati tidaklah kuat mana untuk negara. Tiada semangat patriotik langsung. Bila dipanggil wakili negara ada sahaja alasan untuk ‘tarik diri’.

Dalam hal ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya lebih tegas dalam soal sikap para pemain terhadap pasukan kebangsaan dan lebih ‘sayangkan’ kelab atau negeri.

Fahamlah elaun untuk wakili skuad kebangsaan hanya dicelah gigi mereka berbanding gaji yang diterima untuk beraksi di kelab masing-masing.

Tapi apabila mereka dipanggil mewakili negara itu merupakan satu penghormatan bagi mereka dan sewajarnyalah dihargai dan dihormati.

Aku tak maulah sentuh para pemain naturalisasi atau pemain warisan yang jiwa mereka entah berapa peratus sahaja untuk negara, cuma aku pelik apabila sikap yang sama ditunjukkan oleh anak-anak jati tempatan.

Itu baru suruh main bola untuk wakil negara, meraka sudah berdolak-dalih. Bayangkan kalau negara kita diserang musuh (Wanauzubillah), agaknya awal-awal lagi dah cabut lari.

Advertisements

Jadi bila pemain-pemain yang dinilai layak mewakili negara menarik diri satu persatu maka tinggallah pemain lapisan kedua yang dipanggil.

Yang peliknya, apabila mereka tewas dengan lawan, mereka juga diejek dan diperlekeh dengan pelbagai gelaran kecaman. Hai… macam mana nak maju bola sepak kita!

Apapun sekali lagi aku angkat tabik ‘spring’ kepada Tierney yang begitu bersemangat untuk memakai jersi kuning dengan Jalur Gemilang didada.

Bagi aku, siapa yang tak berminat nak wakili negara itu, keluarkan mereka daripada senarai penerima sebarang anugerah biarpun secemerlang mana mereka beraksi di kelab.

Kalau mereka boleh boikot untuk mewakili pasukan kebangsaan, kenapa kita masih terhegeh-hegeh untuk memberikan sanjungan kepada mereka?

Ramai lagi pemain berbakat dan boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Usah layan pemain yang ‘besar kepala.’

MTB – Kaki bangku

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan