23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

BRICS diharap bentuk tatanan dunia lebih adil, seimbang – PM

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

MALAYSIA berharap pembentukan keluarga besar inisiatif BRICS mampu membentuk tatanan dunia yang lebih adil dan seimbang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Malaysia yakin melalui kerjasama ampuh dan strategik antara negara khususnya negara Islam dan negara sahabat, BRICS mempunyai kekuatan bagi membentuk persefahaman dan pakatan baharu yang lebih utuh.

“Atas premis yang sama, maka Malaysia memilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar inisiatif BRICS.

“Melalui penyertaan ini, Malaysia berharap untuk memperkukuh suaranya serta melonjak peranan negara-negara membangun dalam memungkinkan sebuah tatanan dunia (world order) yang lebih adil dan seimbang,”katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri menghadiri Persidangan Rusia dan Dunia Islam: Dialog Rusia-Dunia Islam di Era Multipolar di Kuala Lumpur.

Advertisements

Hadir sama Timbalan Menteri Luar Rusia Andrey Rudenko, Ketua Pengarah Hal Ehwal Politik di Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Mohamed Salah Tekaya dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Osman Bakar.

Anwar Ibrahim bersama para peserta Persidangan Rusia dan Dunia Islam: Dialog Rusia-Dunia Islam di Era Multipolar di UIA Gombak. – Foto PMO

Anwar berkata, persidangan seperti itu amat penting kerana ia membuka peluang kepada kerjasama strategik antara negara-negara peserta.

“Malaysia percaya bahawa hanya melalui kerjasama yang erat kita dapat mempertahankan hak dan suara kita secara bebas dalam persekitaran dunia yang melaju ke arah persekitaran yang pelbagai kutub (multipolarity),” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, dunia masih dirundung dengan pelbagai isu serta konflik, dan persidangan seperti itu menjadi terpenting sebagai medan dialog dan wacana yang ampuh.

“Sebagai negara yang menjunjung kedaulatan dan kebebasan dalam dasar luarnya, Malaysia akan terus berusaha untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendukung keamanan, keadilan, dan pembangunan global,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan