28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kakitangan pusat jagaan ditahan aniaya kanak-kanak OKU

Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita ditahan selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) di sebuah rumah jagaan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Suspek berusia 34 tahun yang juga kakitangan di pusat berkenaan ditahan di rumahnya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, kanak-kanak lelaki yang berusia lima tahun itu dikatakan menjadi mangsa penganiayaan secara fizikal dalam tempoh antara Julai hingga Ogos lalu.

“Pihak pusat perlindungan sebelum ini membuat siasatan dalaman sebelum membongkar perbuatan suspek.

Advertisements

“Susulan siasatan itu, kakitangan pusat jagaan tampil membuat laporan polis jam 3.20 petang semalam.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya hari ini.

Ujar Abdul Rahim, mangsa juga sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan