27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sultan Brunei sambut baik rundingan pelaksanaan VTL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyambut baik rundingan cadangan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) bagi melancarkan semula pergerakan rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia.

Baginda percaya langkah itu akan menyumbang ke arah pemulihan ekonomi kedua-dua negara dan berharap kerjasama itu akan dapat diperluaskan khususnya dengan Sabah dan Sarawak dalam meningkatkan kesalinghubungan perdagangan.

“Ini akan memberi keyakinan dengan pihak swasta untuk terus bergerak maju ke hadapan dan dalam fasa pemulihan COVID-19,” titah baginda pada Majlis Santapan Rasmi di Istana Nurul Iman hari ini, lapor Bernama.

Majlis santapan itu diadakan selepas pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Sultan Hassanal sempena lawatan rasmi Ismail Sabri dan delegasi ke Brunei bermula Isnin.

Baginda bertitah, dengan situasi wabak COVID-19 yang masih melanda dunia, Brunei dan Malaysia terus berganding bahu dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terus terjamin.

Advertisements

Sultan Hassanal bertitah, dengan situasi wabak COVID-19 yang masih melanda dunia, Brunei dan Malaysia terus berganding bahu dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat terus terjamin.

“Hubungan akrab yang sekian lama terjadi antara kerabat diraja mahupun kerajaan serta rakyat kedua negara kita adalah keunikan yang unggul dari keistimewaan yang berpaksikan kesamaan agama, rumpun sejarah dan bahasa.

“Oleh itu adalah penting untuk terus menyemai hubungan yang saat bermakna ini demi memupuk persefahaman dan silaturahim antara kita,” titah baginda.

Sementara itu, Ismail Sabri dalam ucapan balas berkata, hubungan yang begitu erat antara Malaysia dan Brunei telah membuka peluang kerjasama kepada kedua-dua negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat bersama meliputi perdagangan, kesihatan, pertahanan dan pelancongan.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan