Wednesday, June 17, 2026

Sultan Brunei dirawat di IJN akibat keletihan – Anwar

Pihak perubatan telah menasihatkan agar Baginda tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga Diraja Brunei sahaja.

Mesti Baca

SULTAN Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) akibat keletihan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selepas beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menziarahi Baginda.

“Alhamdulillah, keadaan Baginda Tuanku dilaporkan stabil dan berada dalam keadaan baik. 

“Namun begitu, Baginda masih memerlukan pemantauan oleh pasukan perubatan. Ketika ini, Baginda ditemani oleh Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.

Sultan Hassanal Bolkiah sedang berada di negara ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung pada Isnin.

Anwar berkata, pihak perubatan telah menasihatkan agar Baginda tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini, kecuali daripada keluarga Diraja Brunei sahaja, demi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mendoakan semoga Baginda dikurniakan afiyah sesegera mungkin serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan