YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba di Bandar Seri Bengawan bersempena lawatan khas ke negara Brunei Darussalam petang ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut mesra Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda tiba di Bandar Seri Begawan pada jam 2.25 petang.
“Lawatan khas ini mencerminkan hubungan erat serta mesra antara Institusi Diraja Malaysia dan Brunei, yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun lalu.
“Keakraban ini terus diperkukuhkan melalui kunjungan Seri Paduka Baginda yang melambangkan persahabatan dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara,”kata kenyataan menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – Edisi 9

