27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sultan Brunei adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini, sempena Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-24 antara kedua-dua negara.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, keberangkatan baginda akan diiringi Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan.

Sultan Hassanal Bolkiah akan diraikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu Majis Sambutan Negara di Istana Negara pada 3 Ogos 2021.

“Ini akan disusuli dengan kunjungan mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong dan satu majlis Santapan Negara bagi meraikan Sultan Brunei serta delegasi baginda,”katanya.

Dalam lawatan itu, Sultan Hassanal Bolkiah dijadual menghadiri ALC bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan kemajuan kerjasama serta isu dua hala yang tertunggak.

Advertisements

“Kedua-dua pemimpin akan menggunakan peluang terbabit untuk membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Seterusnya, kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala di antara kedua-dua negara,”menurut kenyataan itu.

Justeru, Wisma Putra berkata, lawatan terbabit akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan erat dan kerjasama yang wujud sekian lama antara kedua-dua negara, selain menjadi rakan kongsi di dalam ASEAN.

Brunei adalah rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia dan rakan dagang keenam terbesar di rantau ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM13.22 bilion (AS$2.98 bilion) pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 68.4 peratus berbanding 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan