28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Buffon bakal umum persaraan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENJAGA gol lagenda, Gianluigi Buffon dilapor bakal menamatkan kontraknya bersama kelab Serie B, Parma dan mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Buffon, 45, yang telah mengharungi karier bola sepak selama 28 tahun sebelum ini menyatakan hasrat kekal beraksi sehingga kejohanan Piala Dunia 2026.

Namun, siri kecederaan yang melanda dalam tempoh beberapa tahun ini membuatkan penjaga gawang itu mempertimbangkan masa depannya.

Menurut wartawan Itali, Gianluca Di Marzio, ejen kepada Buffon akan bertemu pihak pengurusan kelab untuk menamatkan kontrak secara bersama.

Pemain itu kemudiannya dijangka akan ditawarkan tugas sebagai Ketua Delegasi Pasukan Kebangsaan Itali yang sebelum ini disandang bekas penyerang Chelsea, Gianluca Vialli.

Advertisements

Untuk rekod, Buffon yang memulakan karier di akademi Parma sebelum menyertai semula kelab itu pada 2021 dari Juventus.

Kepulangan semula ikon bola sepak Itali itu diharap mampu membawa kembali Parma ke Serie A namun gagal melaksanakan sepanjang dua musim bersama kelab tersebut.

Buffon melakukan 45 penampilan dalam semua kejohanan dan hanya beraksi 19 kali sahaja musim lalu kerana mengalami kecederaan hamstring dan otot.

Sepanjang kariernya, Buffon memenangi 10 kejuaraan Serie A, enam Piala Super Itali, enam Piala Itali dan muncul pemenang Piala Dunia 2006. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan