33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mane sertai Ronaldo di Al-Nassr

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SADIO Mane meninggalkan musim ngerinya di Bayern Munich apabila berhijrah ke Al-Nassr dengan yuran perpindahan sebanyak RM196.7 juta.

Pemain kebangsaan Senegal itu akan menyertai bintang sensasi, Cristiano Ronaldo beraksi Liga Profesional Arab Saudi serta beberapa rekrut baharu seperti Marcelo Borozovic, Seko Fofana dan Alex Telles.

Penyerang tersebut menyertai Bayern pada awal musim lalu namun bergelut menyesuaikan diri di Jerman selepas hanya merekodkan 12 gol sahaja untuk kelab Bavaria itu.

Lebih memburukkan keadaan, Sane didakwa sengaja menumbuk rakan sepasukan, Leroy Sane di bilik persalinan selepas tewas kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara Juara Eropah.

Mane memulakan musim di Bundesliga dengan hebat apabila menjaringkan lima gol sepanjang Ogos sebelum merekodkan enam lagi jaringan sebelum Bundesliga berhenti rehat untuk kejohanan Piala Dunia Qatar.

Advertisements

Namun, kecederaan dialami sebelum kejohanan bermula merupakan titik perubahan kepada karier pemain tersebut.

Kembali ke Allianz Arena pada Februari, Mane hanya merekod satu gol sahaja sehingga akhir musim yang turut membawa kepada pemecatan Julian Nagelsmann.

“Meninggalkan Bayern amat melukakan hati saya. Saya berharap dapat mencipta pengakhiran yang berbeza, saya mahu buktikan kepada semua orang.

“Apapun, saya hanya mahu ucapkan semua berjaya kepada semua penyokong dan kelab ini,” katanya kepada Sky Sports. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan