32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

OKT meninggal dunia ketika terima rawatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beluru, Marudi, Sarawak semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, OKT yang merupakan bangsa Kenyah dan berusia 50 tahun itu telah ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pada hari sama.

“Semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, OKT mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Lelaki itu segera dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Advertisements

“OKT telah disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik kesihatan berkenaan pada jam 10.30 malam,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Miri pada Khamis untuk mengetahui punca kematian.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket jual kosmetik haram oleh wanita warga asing tumpas

JABATAN Imigresen Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan produk kosmetik dan kecantikan tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam...

Lagi Artikel Berkaitan