33.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Aidil Shahrin dilantik ketua jurulatih Kuching City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA), Aidil Sharin Ishak dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Kuching City FC bagi menggantikan Irfan Bakti Abu Salim.

Pelantikan ketua jurulatih berasal dari Singapura diumumkan kelab yang berpangkalan di Sarawak itu menerusi media sosial hari ini.

“Aidil Sharin kini adalah Ketua Jurulatih Kuching City mengisi jawatan yang telah dikosongkan Irfan Bakti Abu Salim.

“Pengendali berusia 47 tahun ini akan dibantu oleh dua jurulatih tempatan iaitu Firdaus Morshidi dan Zulkarnien Poasa,” katanya hari ini.

Aidil Sharin meletak sebagai pengedali pasukan Liga 1 Indonesia, Persikabo dipercayai kerana mahu menjaga ibunya yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Advertisements

Sebelum berkelana ke Indonesia, Aidil Shahrin mengendalikan KDA selama empat musim dari 2018 hingga 2022 sebelum mengundur diri kerana masalah kesihatan dan keluarga.

Ketua jurulatih itu kemudiannya mengembangkan karier ke Indonesia pada Januari lalu apabila bersetuju mengendalikan kelab berpangkalan di Bogor, barat Jawa negara berkenaan.

Sepanjang mengendalikan 21 perlawanan untuk Persikabo, kelab itu merekodkan enam kemenangan, empat seri dan 11 kali tewas.

Perlawanan terakhir Aidil Sharin bersama Persikabo adalah ketika menang 3-1 ke atas Bhayangkara FC di Stadium Wibawa Mukti pada 22 Julai lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pengundi Melayu di Kuala Kubu Baharu mula berubah sikap

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pengundi Melayu mula berubah sikap terhadap...

Lagi Artikel Berkaitan