25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Perak kejutkan Kedah di Ipoh

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERAK FC mencipta kejutan apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 3-1 dalam aksi pertama peringkat 16 terakhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.

Turun selaku underdog, Perak ketinggalan hanya selepas 32 saat selepas sepak mula apabila kapten Kedah, Manuel Ott menanduk masuk bola sepakan penjuru untuk menggegar jaring tuan rumah.

Tidak menang dalam dua pertemuan terakhir menantang Kedah di Liga Super musim ini, Perak cuba bangkit menerusi percubaan lencong Luciano Guaycochea pada minit ke-24 sekadar singgah di palang gol Kalamullah Al-Hafiz.

Minit ke-44 menyaksikan giliran Kedah yang turun dengan jersi baharu putih merah manggis mencuba menerusi Manuel Hidalgo namun sepakannya sedikit melewati palang gol.

Usaha tuan rumah mencari gol penyamaan berhasil pada minit ke-47 apabila dihadiahkan sepakan penalti susulan bola hantaran silang Wan Zack Haikal Wan Noor terkena tangan Bojan Ciger.

Advertisements

Guaycochea yang ditugaskan mengambil sepakan mudah menyepak masuk melepasi Kalamullah untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Penyerang import baharu, Luka Milunovic menceriakan penyokong Bos Gaurus di Stadium Ipoh apabila menyepak masuk gol kedua Perak pada minit ke-55 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Nasib Kedah terus dirundung malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi bagi 30 minit perlawanan selepas Rodney Calvin dilayangkan kad merah kerana sengaja menyepak muka Seo Seonung.

Ifedayo Olusegun terlepas peluang menyamakan kedudukan buat pelawat apabila percubaannya dari jarak dekat sekadar mengenai tiang gol Perak.

Sebaliknya, Perak mengambil kesempatan beraksi dengan kelebihan seorang pemain dengan meledak gol ketiga menerusi jaringan Hakimi Mat Isa pada minit ke-86 untuk menjadikan kedudukan 3-1. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan