32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Piala Malaysia: Selangor bangkit benam PDRM 4-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC bangkit daripada ketinggalan untuk membenam cabaran PDRM FC 4-1 dalam aksi pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Stadium MBPJ, Petaling Jaya malam tadi.

PDRM yang turun selaku tuan rumah berad di depan pada minit ke-25 apabila Bruno Suzuki berjaya melepasi perangkap ofsaid dan melepaskan sepakan melepasi Sam Sommerville.

Percubaan itu sekadar singgah di tiang sebelah kiri skuad Gergasi Merah sebelum melantun dan sudahkan Hadi Fayyadh untuk gol pertama tuan rumah.

Anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-57 apabila Ayron De Valle memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Ramadhan Hamid untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Advertisements

Penyerang import dari Colombia itu kemudiannya mencetak gol kedua peribadinya menerusi satu sepakan akrotbatik menarik yang menerjah gawang PDRM pada minit ke-63.

Pelawat terus garang apabila meledak gol ketiga menerusi tandukan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-74 yang terhasil daripada sepakan sudut.

Selangor memastikan mereka membawa bekalan selesan tiga gol dalam aksi timbal balik apabila memperoleh gol keempat menerusi jaringan seorang lagi pemain import, Yohandry Orozco pada waktu kecederaan.

Aksi timbal balik adalah pada 19 Ogos ini, juga akan dilangsungkan di Stadium MBPJ yang merupakan gelanggang mereka untuk musim ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan