32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PM zahir takziah kepada Sultan Terengganu atas kemangkatan bonda

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Kerabat Diraja Terengganu atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, hari ini.

Dalam hantaran di laman Facebook, beliau turut mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga KDYMM Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Advertisements

Almarhumah merupakan bonda kepada Sultan Mizan, mangkat pada 3.17 pagi tadi di ibu negara.

Jenazah Almarhumah dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Sultan Mizan memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan