28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Akui masalah kewangan, Mohd. Daud janji selesai isu gaji

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar mengakui pasukan itu kini berdepan masalah kewangan sehingga berlakunya tunggakan gaji dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sehubungan itu, beliau memohon maaf kepada barisan kejurulatihan, pegawai, penyokong dan pemain serta ahli keluarga mereka yang terkesan akibat masalah yang berlaku.

Mohd. Daud berkata, beliau mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas semua masalah kewangan yang dihadapi kelab utara tanah air tersebut.

“Kadang-kadang, sebahagian percaturan dan strategi pendanaan dan pemasaran tidak berlaku seperti yang dirancangkan. 

“Sumber pendapatan hanyalah daripada sumber yang terhad dalam konteks sumbangan pemegang saham dan juga penajaan serta hasil penjualan tiket dan cenderamata. 

“Tanpa sokongan penuh kerajaan negeri atau separa kerajaan, ia amat mencabar dalam konteks industri bola sepak profesional Malaysia,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Mohd. Daud berkata, semua pegawai dan pemain Kedah telah dibayar gaji mereka sehingga Julai lalu.

Ujar beliau, pihaknya merancang melunaskan gaji Ogos sebelum berakhir minggu depan iaitu sebelum 7 November. 

“InsyaAllah, gaji September akan cuba dijelaskan juga pada November nanti. 

“Ini adalah perancangan yang sedang dibuat dengan mengambil pelbagai pendekataan untuk mendapat pendanaan baru samada melalui penajaan atau keberhutangan atau penjualan saham Kedah.

“Saya membuka peluang kepada semua pihak untuk menabur bakti kepada Kedah dengan menyediakan apa sahaja solusi kewangan yang sesuai dan munasabah dengan perspektif dan kemampuan kewangan individu dan pihak yang ingin membantu Kedah. 

“Ini adalah masa yang susah dan terdesak. Ianya juga perlu kepada solusi yang baru dan berkesan dengan kadar segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan