26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Terengganu catat kemenangan tipis ke atas KDA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC kembali menemui rentak kemenangan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Dalam aksi di Kuala Terengganu itu, tuan rumah berada di depan pada minit ke-16 menerusi percubaan rendah Engku Nur Shakir Engku Yaacob yang menewaskan Ifwat Akmal Chek Kassim.

Penjaga gol Kedah itu seharusnya melakukan usaha lebih baik menepis percubaan tersebut sekali gus memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Pada minit ke-23 menyaksikan giliran Wan Amirul Afiq Wan Abdul Rahman menguji ketangkasan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin yang menyelamatkan percubaan pertahanan tersebut.

Amirbek Juraboev terlepas peluang menyamakan kedudukan pada waktu kecederaan babak pertama apabila gagal menyudahkan hantaran Fayadh Zulkifli di depan gawang tuan rumah.

Advertisements

Bagaimanapun, pengadil telah mengangkat bendera kerana pemain import Sang Kenari itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Sony Norde pula terlepas peluang keemasan menggandakan jaringan Terengganu apabila terlepas hantaran silang Azam Azmi Murad.

Namun, pertahanan pelawat gagal mengeluarkan dengan baik bola tersebut dan membuka ruang kepada Alif Zakaria melakukan percubaan tetapi Bojan Ciger mengeluarkan di atas garisan.

Percubaan susulan Alif kemudiannya ditepis keluar Ifwat bagi menafikan gol kedua Terengganu.

Kemenangan itu memberikan Terengganu kemenangan ketujuh musim ini dan meletakkan skuad Sang Penyu di tangga keenam Liga Super dengan 23 mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan