30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

UPSR tidak akan dikembalikan, fokus pentaksiran holistik – KPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menegaskan tidak akan mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) biarpun mendapat permintaan daripada kalangan ibu bapa.

Sebaliknya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian ketika ini memberi fokus kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 selain agenda jelajah jerayawara pendidikan masa depan.

“Kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input-input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Sekarang kita hendak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak khususnya pembangunan secara keseluruhan bagi memastikan mereka (karakter) boleh diperkukuh,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Indah, Seberang Perai, hari ini.

UPSR da Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dimansuhkan sepenuhnya tahun lalu ketika pasca COVID-19 dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk mengukur pencapaian murid dan pelajar.

Mula diperkenalkan pada 1988, tujuan asas UPSR adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul manakala PT3 dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Turut hadir Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan