30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Terengganu teruskan rentak kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Kuching City FC, 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching, petang tadi.

Turun tanpa ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner tidak dapat bersama atas urusan peribadi, Terengganu berjaya mengimbangi rentak permainan tuan rumah di awal babak pertama.

Namun, Sang Penyu kehilangan ayam tambatan, Ivan Mamut di awal separuh masa pertama kerana kecederaan dan digantikan penyerang muda, Syahmi Zamri.

Itu tidak melemahkan semangat juang mereka apabila berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-41 hasil jaringan pemain pertahanan, Sharul Nizam Ros Hasni.

Advertisements

Skuad ‘hitam putih’ itu terus meneruskan asakan sejak wisel babak kedua ditiupkan bagi mencari gol kedua perlawanan.

Usaha tersebut berhasil apabila Engku Shakir Engku Yacob menanduk masuk gol kedua Terengganu pada minit ke-54 hasil daripada sepakan penjuru.

Tuan rumah cuba bangkit mencari gol penyamaan dalam baki 30 minit selepas itu namun gagal melepasi keampuhan benteng pertahanan Terengganu yang diterajui Sharul Nizam dan Muhammad Alif Zakaria.

Kemenangan itu tidak mengubah kedudukan Terengganu di tangga keenam liga dengan 35 mata daripada 21 perlawanan, dibezakan dua mata dengan pasukan di tangga kelima, Sri Pahang FC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan