26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

SPR tentukan tarikh PRN Johor 9 Februari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan memutuskan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15 dalam mesyuarat khas yang akan diadakan pada 9 Februari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu akan dikendalikan pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh.

“Antara agenda yang akan dibincangkan adalah tarikh-tarikh penting PRN Johor seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih serta lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

“SPR secara rasminya telah menerima notis daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari 2022.

Advertisements

“Ia sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895.

“Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Negeri Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendak suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ikmalrudin, satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat tersebut.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan