25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

PERKESO sasar 10,000 pekerja sendiri carum SKSPS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan 10,000 orang bekerja sendiri mencarum ke dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), tahun ini.

Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, berkata, sejak diperkenal pada 2017 kira-kira 20 peratus daripada kira-kira 43,000 orang bekerja sendiri mencarum SKSPS.

Beliau berkata, menerusi skim berkenaan, pencarum layak menerima pelbagai faedah yang disediakan termasuk faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara dan faedah hilang upaya kekal.

“Faedah lain, seperti elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat,”katanya selepas menyerahkan Faedah Orang Tanggungan Kematian di Wakaf Bharu, Kelantan, hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, skim ini mempunyai sebanyak empat pelan yang bermula pada kadar bayaran RM232.80 sehingga RM592.80 bagi tempoh setahun.

Advertisements

“Kumpulan sasaran adalah dalam kalangan orang bekerja sendiri yang terdiri daripada usahawanita, penjaja, nelayan, penghantar makanan dan sebagainya,”katanya.

Ujar beliau, semasa perbentangan Belanjawan 2022, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus (RM186.20).

“Orang bekerja sendiri hanya perlu membayar dengan kadar 20 peratus sahaja (RM46.60) menerusi Pelan 2, iaitu membabikan jumlah RM232.80,” katanya.

Terdahulu, Nora menyampaikan Faedah Pengurusan Jenazah bernilai RM2,000 dan Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM787.50 seumur hidup kepada M Roni Awang, 63, bapa kepada Allahyarham Nurul Syahirah, 25, yang terbabit dalam kemalangan pada 16 Januari lalu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan